11 Jatuh Sakit Selepas Buka Sampul Tercemar


WASHINGTON – Sebelas orang jatuh sakit dan tiga daripadanya terpaksa dibawa ke hospital semalam selepas sepucuk surat dibuka di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Arlington, Virginia, kata jabatan bomba dan jurucakap pangkalan itu.

“Seseorang membuka surat dan semua orang di dalamnya mula berasa teruk,” kata jurucakap Pangkalan Bersama Myer-Henderson Hall, Leah Rubalcaba.

Tiga yang dibawa ke hospital berada dalam keadaan stabil, kata Jabatan Negara Arlington menerusi Twitter.

Surat berkenaan dibuka di unit Marin pangkalan itu, yang terletak berhampiran Washington.

“Sampul mengandungi bahan tidak diketahui diterima.

“Kakitangan di bangunan terjejas segera mengambil langkah pencegahan dengan mengosongkan ia,” kata unit Marin pangkalan itu di Twitter.

Sumber – Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com