Wanita Mengandung Maut Dipatuk Ular


TRAGEDI menimpa seorang wanita yang sedang hamil apabila dia dipatuk ular, hingga maut. Bayi dalam kandungan wanita itu, Sanita Martin juga terkorban, beberapa minit selepas ibunya dipatuk ular.

Kejadian itu berlaku di sebuah taman di Meekatharra, Australia.

Sementara Sanita, 27, telah dikejarkan ke hospital namun dia yang hamil 31 minggu itu gagal diselamatkan.

Menurut doktor, keadaan Sanita yang sedang hamil itu telah menyukarnya untuk melawan serangan bisa ular tersebut kerana antibodinya terpaksa bekerja lebih keras.

Sanita turut mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun. Dalam pada itu, polis memaklumkan pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Sanita dipatuk ular atau tidak.

Mayatnya akan dihantar ke forensik untuk bedah siasat.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com