Wanita Mati Ditikam Selepas Bergurau Mahu Kahwin Lelaki Lain


PETALING JAYA – Gurauan mahu berkahwin dengan lelaki lain dalam masa terdekat punca seorang kerani wanita ditikam mati kekasih­nya sebelum mayatnya dibawa suspek ke Balai Polis Damansara di sini kelmarin.

Satu sumber memberi­tahu, gurauan D. Tharani, 35, sejak dua ming­gu lalu dikatakan mencetuskan rasa kecewa dan tidak puas hati kekasihnya yang berusia 37 tahun terhadap mangsa.

“Kelmarin merupakan kemuncak perasaan kecewa dan tidak puas hati suspek yang gagal mengawal emosi lalu menikam wanita dicintainya.

“Kejadian itu berlaku semasa pasangan itu pergi ke pasar raya Giant di Damansara untuk membeli-belah tetapi tercetus perselisihan faham di tempat letak kereta,” kata sumber itu semasa dihubungi semalam.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com