Wanita Hamil Dikerat, Mayat Dibuang Di Tepi Jalan Di India


NEW DELHI -Seorang wanita hamil lapan bulan dibunuh dengan kejam apabila mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dibuang di tepi jalan.

Mayat mangsa ditemui oleh pemungut sampah di bandar Hyderabad, negeri Telangana sebelum ia dihantar ke hospital untuk proses autopsi.

Berdasarkan autopsi, wanita terbabit hamil dengan bayi lelaki.

Polis kini cuba mengenal pasti mangsa yang dipercayai dibunuh oleh suspek yang cuba menghalangnya daripada melahirkan anak.

“Nampaknya seseorang yang tidak mahu bayi ini dilahirkan yang melakukan pembunuhan itu,” kata Timbalan Komisioner Polis, Vishwa Prasad.

Polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sekitar tempat kejadian kerana mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dikerat dan dibuang.

Wanita misteri terbabit dikatakan mempunyai ketinggian sekitar 162 sentimeter dan berusia 30-an. - Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com