Video: Penumpang Wanita Mengamuk Payudara Diraba


KALAU sudah gila seks, tak kira di mana jua asalkan ada peluang pasti mereka akan lakukannya. Individu seperti ini amat berbahaya dan harus dihukum.

Baru-baru ini, seorang penumpang wanita bernasib malang apabila payudaranya diraba oleh seorang lelaki ketika tidur di dalam sebuah pesawat penerbangan di Indonesia.

Dalam kejadian pada Khamis minggu lalu itu, mangsa yang berusia 30-an mengamuk sejurus berjaya mengenal pasti suspek lalu bertindak memukulnya.

Mangsa menumbuk muka lelaki berkenaan beberapa kali sambil menyuruhnya mengaku melakukan perbuatan keji itu, ketika pesawat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Palembang.

“Baik kamu mengaku, baik kamu mengaku kamu ada mencucuk dada saya,” pekik wanita itu dalam rakaman video.

Suasana tegang akhirnya dapat dikawal apabila pramugari berjaya menenangkan mangsa.

Berikutan itu, wanita dikenali sebagai Wandiyanthi membuat laporan polis agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap lelaki berkenaan.

Walaupun sudah menerima permohonan maaf daripada lelaki terbabit, Wandiyanthi menyatakan dirinya masih trauma dan tetap meneruskan tindakan undag-undang supaya kejadian serupa tidak berulang. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com