Video Lawak: Nak Bertelur Pun Tak Senang… Budak Jadi "Bidan" Itik


SELALUNYA kalau ayam atau itik sedang bertelur, eloklah kita biarkan mereka melakukan proses itu dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Namun lain pula dengan seorang kanak-kanak yang perlakuannya ‘menahan’ telur daripada dikeluarkan oleh itik peliharaannya mencetuskan tular di media sosial.

Dalam video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram @paguyonan dari Indonesia itu, kanak-kanak lelaki itu dilihat sedang menyaksikan itik tersebut bertelur.

Apa yang melucukan adalah,tiba-tiba dia cuba untuk menolak telur tersebut daripada ‘keluar’ daripada dubur itik itu!

Bagaimanapun, alam semulajadi ternyata lebih ‘berkuasa’ daripada kenakalan kanak-kanak itu kerana itik tersebut masih mampu bertelur seperti tiada apa-apa ‘gangguang siaran’ berlaku.

Yang turut mencuri perhatian adalah, itik itu telah berjaya bertelur dengan banyak sekali meskipun diganggu.

Video yang telah ditonton sebanyak 498,808 kali di Instagram itu telah mendatangkan pelbagai komen lucu daripada netizen.

Ada yang menganggap, metod kanak-kanak itu menggosok-gosok dan menolak telur itu kembali ke dalam itik tersebut merupakan satu kaedah ‘genius’ untuk merangsangkan penghasilan telurnya.

Oleh sebab itulah itu dapat bertelur dengan sangat banyak!

Malah, ada yang menggelar kanak-kanak itu sebagai ‘bidan’ haiwan terhebat kerana ‘membantu’ itik itu bertelur tanpa mencederakan haiwan tersebut.

Tonton saja videonya di bawah ini, saja buat ketawa-ketawa dan ceriakan sedikit hari anda! - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com