Vaksin Denggi Punca Tiga Maut Di Filipina


MANILA - Vaksin denggi pertama diperkenalkan di dunia, Dengvaxia disyaki menjadi punca kematian tiga individu di negara ini, sekali gus membuktikan bahawa ia belum cukup sempurna untuk digunakan secara meluas.

Pengeluar ubat dari Perancis, Sanofi pada tahun lalu mendedahkan, vaksin itu mungkin meningkatkan risiko penyakit dalam kalangan individu yang tidak pernah menghidap denggi.

Pendedahan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat kerana vaksin itu sudah diberikan kepada lebih 800,000 pelajar sekolah sejak 2016.

Jurucakap syarikat itu berkata, mereka bersimpati dengan semua keluarga yang kehilangan anak masing-masing.

Oleh itu, misi syarikat berkenaan adalah untuk mengurangkan penderitaan semua keluarga terbabit menerusi pemberian vaksin anti denggi.

Kementerian Kesihatan Filipina sudah menggantung pemberian Dengvaxia sejak November lalu, dan menubuhkan panel jawatankuasa untuk menyiasat serta mengenal pasti sama ada vaksin itu menjadi penyebab kes kematian 14 murid.

Sementara itu, Setiausaha kementerian itu, Enrique Domingo dalam sidang media berkata, kematian terbaharu itu memiliki kaitan dengan pemberian vaksin berkenaan.

"Tiga kes terbaharu ini saling berkait. Mereka meninggal dunia akibat denggi walaupun selepas diberi suntikan Dengvaxia. Dua daripadanya maut kerana vaksin itu gagal berfungsi," katanya. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com