Tumpahan Minyak Kapal Iran Sampai Ke Jepun


TOKYO - Sisa tumpahan minyak dari kemalangan kapal tangki terburuk dalam sejarah dunia sejak berdekad kini sampai ke pesisir pantai Jepun, kata pengawal pantai negara itu kelmarin.

Kesan tumpahan minyak hitam sudah tiba ke pesisir pulau Amami-Oshima, kata seorang pegawai pengawal pantai kepada Reuters.

Pihak berkuasa kini sedang memeriksa sama ada ia daripada kapal tangki Sanchi yang karam di Laut Timur China pada bulan lalu, selepas menerima aduan penduduk awam.

Pulau Amami-Oshima adalah sebahagian daripada kepulauan termasuk Okinawa, kawasan yang terkenal dengan pantai dan terumbu karang yang cantik.

Kapal tangki Iran itu karam lebih tiga minggu lalu dan menimbulkan kebimbangan terhadap kerosakan ekosistem marin.

Dua mayat kelasi berjaya ditemui dalam kapal itu sementara mayat ketiga ditemui di laut berhampiran kapal terbabit. Baki 29 lagi kru kapal itu dianggap sudah mati. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com