Tuah Jabang, Anak Kambing Mata Satu


BEAUFORT - Penduduk Kampung Jabang di sini gempar selepas seekor anak kambing bermata satu dilahirkan di kandang milik seorang penduduk di sini semalam.

Dimaklumkan, kambing jantan yang diberi nama sebagai Tuah Jabang itu lahir pada pukul 8 malam.

Keunikan anak kambing berkenaan disedari pemiliknya, Awang Rosli Mat Taib, 46, selepas melakukan pemeriksaan sejurus haiwan itu dilahirkan.

Menurut Awang Rosli, kambing seberat 1.2 kilogram (kg) itu berada dalam keadaan sihat meskipun memiliki fizikal yang unik.

"Ketika kejadian saya berada di dalam kandang dan menyedari seekor kambing betina sedang mengerang kesakitan untuk melahirkan anak.

"Selepas itu, saya melakukan pemeriksaan lanjut untuk memastikan keadaan anak kambing yang baru lahir itu. Alangkah terkejutnya apabila mendapati ia mempunyai satu mata sahaja," katanya kepada Kosmo! hari ini.

Awang Rosli yang berpengalaman selama lapan tahun membela kambing turut memberitahu, kelahiran haiwan unik itu merupakan pertama kali berlaku di kampung berkenaan. 

Sumber - Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com