Trump 'Merajuk' Demokrat Tidak Berdiri, Tepuk Tangan Selepas Ucapannya


CINCINNATI - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyelar Parti Demokrat dengan melabel mereka sebagai 'tidak Amerika' malah disamakan dengan 'pengkhianat'.

Ia gara-gara tindakan mereka tidak berdiri dan tepuk tangan selepas ucapan 'State of the Union' Trump minggu lalu.

Trump mendakwa ahli-ahli dari parti lawan itu enggan bertepuk tangan walaupun setelah mendengar berita positif.

"Tindakan mereka ini sangat 'tidak Amerika'. Malah, boleh disifatkan sebagai mengkhianat. Kenapa tidak? Mereka jelas tidak cintai negara ini," katanya semasa berucap di Blue Ash, Ohio.

Ucapan 'State of the Union' Presiden AS secara lazimnya dihadiri oleh kedua parti dengan ahli parti presiden biasanya akan bersorak ketika penyampaian ucapan itu, sementara pihak lawan tidak.

Sebelum ini, ketika ucapan Barack Obama semasa menjawat Presiden AS, Republikan juga jarang bersorak.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com