Tips Menyimpan Tepung Gandum Agar Tahan Lama


TEPUNG gandum adalah bahan dasar penting dalam membuat pelbagai jenis kuih muih.

Menjaga kualiti tepung gandum boleh menjadikan kuih-muih yang dihasilkan lebih menarik dan enak.

Agar kualiti tepung gandum tetap terjaga dan bebas daripada bau hapak meskipun sudah lama disimpan, anda perlu tahu CARA yang tepat untuk menyimpannya. Berikut dikongsikan beberapa CARA untuk memastikan tepung gandum tidak berubah rasanya meskipun sudah disimpan lama.

Simpan di tempat khusus

Jauhkan tepung jagung daripada bahan yang berbau menyengat. Simpan tepung gandum di tempat khusus. Pastikan tempatnya bersih dan kering. Anda boleh menyimpan tepung bersama tepung-tepung yang lain.

Sentiasa jaga kebersihan di tempat penyimpanan tepung bagi menjamin kesegaran tepung-tepung yang disimpan.

Jangan mencampurnya

Saat menyimpan tepung gandum, hindari mencampur tepung yang baharu dengan dengan tepung yang lama.

Meskipun tepung gandum tersebut daripada jenis yang sama namun lebih elok jikanya tidak mencampurkan tepung yang baharu dengan tepung yang lama. Ia bagi menjamin kesegaran tepung tersebut.

Simpan di tempat yang dingin

Agar tetap segar dan tahan lama, simpan tepung gandum di tempat yang dingin. Pastikan anda menyimpannya di dalam bekas yang bersih dan tertutup rapat. Tepung gandum yang disimpan di tempat yang dingin akan lebih segar dan tahan lebih lama.

Letak label pada bekas simpanan

Jika anda menyimpan berbagai jenis tepung, jangan lupa untuk meletakkan label pada bekas simpanan. Hal ini penting agar anda tidak tersalah ambil.

Selain itu warna dan bentuk tepung yang lebih kurang sama akan membuatkannya mudah tertukar. Oleh itu meletakkan label pada setiap bekas adalah cara yang tepat untuk menghindari risiko tertukar dan tersalah ambil.

Simpan dalam peti sejuk

Untuk menyimpan tepung dalam jangka waktu yang lama, peti sejuk adalah pilihan yang tepat.

Anda boleh menyimpan tepung dalam peti sejuk selama 48 jam untuk membunuh serangga dan kutu dalam tepung. Lakukan hal ini sebelum anda menggunakan tepung yang akan anda gunakan.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com