Tips Makan Snek Tetapi Ingin Berdiet


BERAT badan yang berlebihan dan obesiti adalah satu keadaan berlakunya lebihan lemak dalam badan yang boleh menggangu sistem kesihatan (WHO, 2015).

Namun begitu, disebabkan gaya hidup yang mewah dengan makanan dan kurangnya senaman, rakyat Malaysia menjadi rakyat yang tergemuk di Asia (The Lancet, 2015). Snek merupakan makanan yang diambil secara sedikit di antara waktu makan utama. Namun begitu jawapan kepada semua soalan yang kerap diajukan ini adalah berbeza bagi setiap individu.

Hal ini kerana setiap individu memerlukan kuantiti dan kualiti makanan yang berbeza.

Berikut tip buat mereka yang ingin makan snek tetapi dalam masa yang sama ingin mengawal berat badan:

1.Ambil makanan yang tinggi serat

Pengambilan serat yang tinggi semasa waktu makan utama oleh melambatkan rasa lapar.

Sayur-sayuran yang tinggi dengan serat boleh melambatkan rasa lapar.

2. Teruskan kunyahan anda

Mengunyah gula-gula getah boleh mengurangkan rasa lapar. Oleh itu rasa hendak makan snek itu semakin berkurangan.

3. Snek aiskrim buah

Sejukkan buah-buahan dan jadikan sebagai snek.

Menjadikan buah-buahan sebagai snek bukan sahaja menyihatkan tetapi menyeronokkan kerana anda boleh makan tanpa perlu risau tentang jumlah kalori yang diambil.

4. Tidur yang cukup

Tidur yang berkualiti dan tidak mencukupi akan menyebabkan kita mengambil makanan yang berlebihan pada waktu pagi.

Ia disebabkan keadaan hormon yang tidak seimbang.

5. Snek di restoran mamak

Ambil tosai atau capati dan elakkan roti canai atau pun roti nan berkeju dengan limpahan kuah dhal.

Kuah banjir? Elakkan sama sekali. Sebaliknya cicah kuah sedikit demi sedikit berbanding menuang ke semua kuah di atas tosai atau capati.

Sebelum memesan minuman, beritahu kuantiti gula yang anda perlu. Contohnya, “Mamak, teh ‘o’ gula satu sudu teh sahaja.”

6. Kerapkan senaman

Diet yang rendah kalori sesuai digandingkan dengan senaman yang kerap (lebih tiga kali seminggu) untuk menurunkan berat badan.

Nota: Namun demikian bagi mereka yang sedang mengawal berat badan, ada masanya mereka boleh mengambil snek dan ada masanya tidak boleh. Spesifikasi ini berbeza bagi setiap individu.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com