Tiga Kenderaan JPJ Terbakar Di Kuala Kangsar


KUALA KANGSAR - Lima kenderaan termasuk tiga buah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbakar dalam kejadian kebakaran di Pusat JPJ Timbang Lori di sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Aziz Md. Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.36 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jelasnya, sewaktu tiba di lokasi, bomba mendapati terdapat kebakaran di Pusat JPJ Timbang Lori.

“Kebakaran tersebut melibatkan lima buah kenderaan termasuk tiga buah kenderaan JPJ iaitu dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner dan sebuah Ford Ranger.

“Selain itu, terdapat dua buah kenderaan awam yang diletakkan di kawasan tersebut turut terbakar. Anggota bomba telah melakukan operasi pemadam dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Jelasnya, setakat ini bomba sedang menyiasat punca kebakaran di lokasi tersebut.

Operasi pemadaman kebakaran tamat pada pukul 3.46 pagi tadi. 

Sumber - Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com