Taman Tema Air Fantasia Di Jitra Tawar Promosi Hebat Sempena Tahun Baharu Cina


ALOR SETAR - Taman Tema Air Fantasia, Jitra Kedah telah menawarkan promosi hebat untuk pengunjung sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menurut Jurucakap Bina Darulaman Berhad (BDB) berkata, pelbagai aktiviti dan promosi menarik disediakan antaranya Prosperity Steamboat pada harga yang sangat berpatutan.

“Harga promosi Prosperity Steamboat ini adalah RM25 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak, ” katanya memetik Sinar Online.

Tambahnya, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk iPhone melalui cabutan bertuah.

“Untuk makluman, penyertaan cabutan bertuah utama bermula hari ini sehingga 3 Mac depan. Manakala cabutan harian pula diadakan setiap hari sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina mulai hari ini sehingga 18 Februari,” ujarnya.

Jelas beliau, Taman Tema Air Fantasia beroperasi setiap hari kecuali Selasa, termasuk cuti persekolahan dan cuti umum.

“Hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad, kita akan beroperasi mulai 10 pagi hingga 8 malam dan mulai 1 tengah hari sehingga 8 malam pada hari biasa,” katanya.

"Maklumat lanjut promosi boleh didapati dengan melayari www.fantasia.bdb.com.my,” katanya.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com