SPRM Kedah Kata Tiada Tangkapan "Pendedak" Seperti Didakwa Mukhriz


ALOR SETAR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat tangkapan ke atas pendedak di negeri ini yang didakwa menyogok kepimpinan peringkat Bahagian/Negeri dan ahli PPBM.

Namun begitu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan belum membuat sebarang tangkapan lantas menyangkal dakwaan liar anak kepada bekas pemimpin negara tersebut.

“Buat masa ini tiada tangkapan di Kedah. Saya rasa tiada lagi laporan rasmi dibuat kepada SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) di Hotel Seri Baling Inn, kelmarin.

Terdahulu, Mukhriz mengeluarkan dakwaan kononnya peranan pendedak dipercayai diwakili oleh UMNO atau Pejabat Perdana Menteri (PMO) itu adalah untuk mengarahkan ahli parti PPBM untuk membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ia bagi memberikan gambaran kepada rakyat kononnya pucuk pimpinan PPBM tidak cekap menguruskan parti.

Dakwaan tanpa sebarang bukti yang dikeluarkan Mukhriz tersebut ternyata meleset setelah SPRM Kedah mengesahkan tiada sebarang tangkapan mahupun laporan polis dibuat berhubung dakwaan itu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com