SPRM Kedah Kata Buah Limau Boleh Jadi Rasuah Jika...


ALOR SETAR -Pemberian berbentuk makanan seperti buah limau atau sebagainya boleh dikategorikan sebagai satu bentuk pemberian rasuah dan menjadi tidak ikhlas jika pemberinya berniat untuk mendapatkan balasan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Mohd Fauzi Mohamad berkata, setiap pemberian yang dihulurkan mana-mana pihak dengan mengharapkan adanya balasan selepasnya boleh dikategorikan sebagai satu bentuk jenayah.

"Semasa beri angpau, limau atau hamper dengan berniat dapatkan sesuatu atau merasuah, itu merupakan rasuah," katanya pada sidang media program Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (Gempur), di Baling, kelmarin.

Seperti yang sedia maklum, pemberian seumpama itu dan setiap sumbangan yang dihulurkan bergantung kepada niat pemberi seseorang itu sendiri dan agar sukar untuk kita nilaikan niatnya baik atau buruk.

"Tetapi ketika dia beri dengan niat nak beri makan, saya rasa tidak adil kita nak kata itu rasuah. Bergantung kepada niat pemberi rasuah, namun jika ikut undang-undang ia rasuah," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com