Sofi Jikan Warga Negara Yang Baik - Rakan Artis


PETALING JAYA - "Sofi Jikan adalah warga negara yang baik dan berjiwa besar.. dia mahu menyelesaikan isu yang membabitkan dirinya," kata Datuk Shahrul Nizam Yunos, yang juga rakan rapat artis berkenaan ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam.

Shahrul Nizam yang juga Presiden Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti berkata, beliau menemani Sofi Jikan pergi ke Balai Polis Mutiara Damansara, di sini, kira-kira jam 11 malam Selasa.

Menurutnya, Sofi Jikan berani untuk tampil memberikan keterangan berhubung satu laporan polis dibuat terhadap dirinya.

"Dia (Sofi Jikan) mahu memastikan perkara ini diselesaikan cara baik walaupun dirinya akan berasa perit.

"Beribu orang direman, namun bukannya semuanya bersalah," katanya.


Menurut Shahrul Nizam, rakannya itu seperti yang diketahui ramai, berjiwa besar dan bersemangat tinggi.

"Kita tahu dia berjiwa pahlawan dan orang ramai tidak seharusnya menghukum seseorang tanpa diketahui kesahihannya.

"Hari ini beliau yang mendapat dugaan ini, esok lusa hari kita pula, siapa tahu," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com