"Siapa Saya Nak Sokong Hak Saya, Tapi Bukan Azmin..."


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya menjawab 'kemusykilan' Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ingin tahu pendirian politik bekas Menteri Besar Selangor itu. 

“Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB Gombak kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor,” kata Khalid.

Menurut Khalid  adalah menjadi haknya untuk menyokong sesiapa pun, tetapi yang jelas beliau sama sekali tidak akan menyokong Ahli Parlimen Gombak iaitu Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau berkata, pendiriannya tidak menyokong Azmin adalah kerana Azmin akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam isu penyusunan semula industry air Selangor.

Khalid menyatakan demikian a dalam kenyataan ringkas yang dimuatnaik di laman Facebook beliau semalam.

Sebelum ini Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dan Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu dilaporkan berkata, Khalid perlu menetapkan pendirian tentang siapa yang hendak disokongnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

“Khalid perlu buat keputusan kerana dalam politik kita mesti ada prinsip, idealisme.
“Ini sekejap (dilihat menyokong) UMNO, sekejap PAS, kemudian bebas. Jika beliau mahu main peranan dalam PAS, masuk parti itu,” kata Azmin seperti mana yang dipetik daripada MalaysiaGazette.

Sebelum ini PAS menawarkan Khalid untuk menjadi calon di Selangor dengan syarat beliau menyertai PAS.

Manakala, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad memperlekeh  bekas Menteri Besar yang digulingkan oleh PKR itu. 

Sokongan Khalid terhadap PAS  tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan kerana beliau bukan ahli politik tetapi ahli perniagaan, kata Mahathir. - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com