Seni Silat Bangau Putih Cetus Fenomena Di Baling


ALOR SETAR - Silat Bangau Putih yang dilatih seorang guru wanita mencetuskan fenomena tersendiri di daerah Baling Kedah.

Menurut guru utama, Nor Anita Ramli, 41, berkata, sejak diperkenalkan secara rasmi di Baling pada 2007, seni silat Bangau Putih semakin mendapat tempat di hati kalangan anak muda termasuk anggota polis sendiri.

Katanya, jumlah ahli menyertai seni silat itu kini mencecah lebih 1,000 orang dan tiga gelanggang silat dibuka di seluruh Baling.

“Gelanggang pertama dibuka di Baling ialah di Kampung Sera Bawah pada 2007. Dua lagi dibuka di Kampung Parit Panjang dan Kampung Batu 42.

“Seni silat Bangau Putih cukup digemari anak muda. Setiap malam kecuali Jumaat seramai 30 golongan muda akan datang mempelajari silat di kampung ini,” katanya ketika ditemui di Gelanggang Silat Bangau Putih di Kampung Sera Bawah, baru-baru ini.

Memetik Sinar Online, usia paling muda mempelajari silat di kampung itu adalah tujuh tahun.

"Ahli paling muda dilatih di sini berumur seawal tujuh tahun dan seterusnya peringkat remaja dan dewasa," katanya.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com