Selesema? Tujuh Makanan Ini Mampu Membantu Anda


MUSIM hujan, memang mudah untuk diserang flu atau selesema, apatah lagi jika antibodi dan sistem imunisasi anda lemah.

Sudah semestinya, apabila selesema, bersin itu pasti!

Itu akan membuatkan kita berasa kurang selesa dan lemau untuk melakukan apa jua aktiviti.

Sehubungan itu memetik kata Pakar Pemakanan, Jennifer Mc Daniel katanya, apa yang penting adalah memperkuat sistem imunisasi badan.

“Kami di sini untuk membantu. Tentera imunisasi badan memerlukan makanan dan nutrisi yang bagus, serta pemakanan yang konsisten,” ujarnya seperti yang dipetik Men’s Fitness.

Dari semangkuk sup hingga teh dan madu, ini tujuh makanan yang boleh bantu kurangkan selesema anda.

1) SUP


Sup yang direneh ibu adalah yang terbaik tidak kira apa sahaja jenis sup, ia baik untuk sistem imuniti badan.

“Pelbagai bahan yang berbeza boleh diletakkan dalam sup.

Dan apabila berbicara mengenai diet untuk mencegah, kita mahukan makanan yang bermacam-macam. Ini bermakna bahan seperti ayam yang tinggi zink dan zat besi serta lobak yang kaya dengan vitamin C boleh diletakkan dalam sup,” ujar Mc Daniel.

Selain itu katanya, roti juga membantu merembeskan lendir dan melindungi badan dari bakteria lain.

2) TEH HIJAU


Teh hijau dikenali sebagai makanan yang solid tetapi kandungan ‘Catechin’ di dalamnya memantapkan lagi sebagai bahan penting dalam diet imuniti.

"Catechin adalah antioksidan yang telah terbukti membantu dalam pencegahan virus, terutamanya apabila anda sudah sakit teh hijau dapat mengurangkan virus," kata McDaniel.

3) MADU


Madu boleh membantu menenangkan kerongkong anda dan mengurangkan batuk.

Madu juga boleh membantu mengatasi pencernaan dan refluks asid.

Daripada menggunakan gula dalam kopi anda, gantikannya dengan madu. Atau cuba epal yang dicelupkan dalam madu untuk snek yang enak.

4) BAWANG PUTIH


"Ada kajian menunjukkan apabila individu itu mengambil suplemen bawang putih selama sekurang-kurangnya 12 minggu, mereka akan kurang terkena selesema.

Bawang putih menghasilkan antioksidan yang kuat yang melindungi tubuh daripada diserang kuman.

5) YOGURT


Yogurt mengandungi probiotik penting, atau 'bakteria baik', yang boleh membantu mengurangkan bakteria jahat yang membawa penyakit.

“Adalah lebih baik jika kita dapat melindungi diri kita dengan bakteria baik,” kata McDaniel.

6) OREN


Apabila anda mula rasa seram sejuk seperti diserang selesema, perkara pertama yang muncul di kepala anda mungkin vitamin C. Walaupun kajian masih dijalankan sama ada ia benar-benar menghalang selesema, kita tahu bahawa membantu untuk meminimumkan beberapa gejala yang berkaitan dengan selesema, " jelas  McDaniel.

Buah-buahan masam seperti oren menyalurkan Vitamin C dalam kuantiti yang besar .

Dan jangan bimbang tentang mempunyai terlalu banyak vitamin: Ia larut dalam air, jadi apa yang tidak anda gunakan ia kan disalurkan melalui pembuangan air kecil.

7) KELEDEK


Kajian menunjukkan keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsi

Keledek mengandungi vitamin C yang tinggi, tetapi vitamin A yang menarik perhatian kita sebagai makanan yang meningkatkan imuniti.

"Vitamin A benar-benar penting untuk membran mukus yang mengalir dalam hidung dan tekak," kata McDaniel.

"Dan itu benar-benar dadalah garis pertahanan pertama,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, McDaniel menekankan bahawa anda memerlukan diet yang lengkap untuk sistem imun berfungsi sepenuhnya.

Ini termasuk protein.

“Pastikan anda mendapat sedikit protein dengan setiap hidangan untuk membantu badan anda membina antibodi,” nasihatnya.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com