Rusia Dan Palestin Berbincang Tentang 'Kerenah' Trump


MOSCOW - Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan pertemuan di Moscow buat pertama kalinya selepas Amerika Syarikat mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan isu yang mencetuskan kemarahan umat Islam itu.

Malah Abbas juga menyifatkan tindakan Trump itu sebagai "tamparan ke muka umat Islam".

Selain isu tersebut, kedua-dua pihak turut membincangkan hubungan dua hala antara Rusia dan Palestin.

Putin turut mengakui bahawa beliau ada berhubung dengan Trump baru-baru ini dan berbincang mengenai isu Israel dan Palestin.

Malah, katanya tindakan Trump untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis menjadikan Amerika kini tidak lagi layak menjadi orang tengah terhadap proses damai antara Palestin dan Israel.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com