Rumah Tangga Trump Goyah?


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Pelbagai spekulasi berhubung keadaan rumah tangga Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersama isterinya, Melania Trump selepas pendedahan yang mengaitkan jutawan hartanah itu dengan beberapa wanita.

Jurucakap Wanita Pertama, Stephanie Grisham bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut yang disifatkan sebagai berita palsu.

“Fokus Melania Trump kini adalah kepada keluarganya dan peranannya sebagai Wanita Pertama dan bukannya terhadap senario tidak realistik yang disebarkan menerusi berita palsu,” katanya menerusi Twitter.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Duta AS ke PBB, Nikki Haley menafikan sekeras-kerasnya beliau ada hubungan istimewa dengan Trump.

Sebelum ini, skandal bersama pemimpin parti Republikan itu yang didedahkan pelakon lucah, Stormy Daniels dipercayai menjadi punca Melania Trump menginap di sebuah hotel di Washington selama beberapa malam.

Wanita tersebut turut membatalkan rancangan pada saat akhir untuk mengikuti suaminya di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada minggu lalu, lapor Sinar

Selain itu, pasangan terbabit juga dilaporkan seakan terlupa dengan ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka pada Isnin lalu, kerana kedua-duanya tidak menyebut tentang perkara tersebut di media sosial walaupun Trump adalah antara pemimpin yang sangat aktif di Twitter, lapor Agensi.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com