Remaja Tokan Dadah 19 Tahun Ditahan AADK


IPOH – Seorang remaja berusia 19 tahun antara 55 individu yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri dalam Ops Sarang di sebuah pusat hiburan dan beberapa ‘port’ sekitar Chemor dan Tambun di sini.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa AADK, Zolkifli Mohd Don berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 66 tahun yang disyaki penagih dadah itu ditahan dalam operasi selama 24 jam bermula kira-kira jam 5.30 pagi, kelmarin.

“Seorang remaja berusia 19 tahun paling dikehendaki berjaya ditahan selepas lebih empat tahu menjadi tokan dadah di kawasan kelapa sawit di Kampung Cik Zainal, Chemor.

“Kita turut mengesan modus operandi sebuah pusat hiburan yang mencampurkan dadah ke dalam minuman berperisa mangga yang diberikan kepada pelanggan-pelanggannya,” katanya dalam sidang media di Pejabat AADK Daerah Kinta di sini, semalam.

Menurutnya, kesemua suspek didapati positif dadah jenis heroin, syabu dan ganja menerusi ujian urin.

“Kesemua mereka ditahan dan dalam proses memperoleh perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Sumber: Sinar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com