Remaja Tinggalkan Bayi Hingga Mati Kebuluran Untuk Berparti


SEORANG remaja yang membiarkan bayinya kebuluran hingga meninggal dunia semata-mata kerana ingin berparti dengan kawan-kawannya, telah dipenjarakan selama enam setengah tahun.

Viktoria Kuznetsova, 17, dari Rostov, Rusia, tidak menunjukkan emosi ketika hukuman itu dibacakan di mahkamah.

Ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa Viktoria merancang untuk membunuh bayinya yang berusia sembilan bulan, Egoq, apabila gadis itu mula belajar di kolej.

Dia juga memberi alasan bayinya itu sering terjaga pada waktu malam menyebabkan dia tidak boleh keluar dengan kawan-kawannya.

Selepas suaminya yang bekerja sebagai anggota tentera terpaksa keluar bertugas, dia meletakkan bayinya dalam kereta sorong, mengunci pintu dan kemudiannya keluar bersama kawan-kawannya.

Dia kemudiannya menghabiskan masa seminggu berparti dengan kawannya di asrama kolej dan pada masa yang sama anaknya kelaparan.

Viktoria hanya balik ke rumah untuk memberikan anjing minum.

“Punca kematian bayi ini adalah disebabkan dehidrasi dan kelaparan. Ketika bayi ini ditemui dalam rumah Viktoria, matanya masih terbuka,’’ kata pendakwaraya.

Malah menurut penyiasat, ketika ditemui bayi itu hanya tinggal tulang rangka.

Menurut polis pula, Viktoria langsung tidak menunjukkan perasaan bersalah dan tidak peduli apa yang berlaku. Ketika bayi itu berusia sebulan, Viktoria telah memberikan bayinya kepada rumah anak yatim namun dipulangkan semula kepadanya ketika bayi itu berusia tujuh bulan.

Kini hukuman yang diterima oleh Viktoria itu disifatkan sebagai terlalu ringan, menyebabkan masyarakat mahu hukuman lebih berat dikenakan kepadanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com