Ramon Marcote Tidak Terkesan Dengan Kemenangan JDT


ALOR SETAR – Bagi pengendali skuad Kedah, Ramon Marcote, tiada apa yang perlu dirisaukan dengan kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) keatas pasukan Kedah malam kelmarin.

Kemenangan yang diperolehi skuad JDT sememangnya layak buat mereka ekoran persediaan yang dilakukan mencukupi ditambah pula pemain berkualiti dalam setiap aspek menjelang perlawanan itu.

Malah, katanya, kombinasi pemain import dan naturalisasi JDT banyak memberi kesan kepada pasukan lawan bagi mengekang asakan.

“Walaupun sedikit sukar dan mengambil masa untuk mengawal perlawanan, Kedah mampu mengejutkan lawan dengan jaringan awal,” katanya seperti dilaporkan laman Facebook pasukan bola sepak Kedah semalam.

Namun begitu, Marcote tetap menyirami pujian buat anak buahnya yang beraksi cemerlang dan hanya tewas tipis kepada pasukan JDT.

Dalam aksi perlawanan Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor malam kelmarin JDT berjaya menumpaskan Kedah 2-1.

Kejayaan JDT itu sekali gus menjulang Piala Sultan Ahmad Shah untuk kali ketiga selepas melakukannya pada 2015 dan 2016.

Skuad Harimau Selatan bagaimanapun terlebih dikejutkan dengan 0-1 hasil jaringan awal Pablo Palares pada minit ke-15.

Pasukan tuan rumah namun bangkit menerusi jaringan Luciano Figueroa serta Marcos Antonio untuk mencipta kemenangan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com