Rakyat Tidak Yakin Pakatan Harapan Mampu Urus Negara - Mahdzir Khalid


Pakatan Harapan sedang bergelut dengan masalah pembahagian kerusi sementara Mesyuarat Agung Tahunan pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula belum disahkan lagi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana banyak aduan diterima daripada ahlinya.

Bolehkah Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku calon Perdana Menteri diharapkan untuk mengurus tadbir kerajaan ini jika parti itu menang Pilihan Raya Umum ke-14?

Sehubungan itu, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta rakyat menilai sama ada mahu menjadikan parti yang berdepan kemelut itu menjadi kerajaan atau mengekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada yang telah terbukti berjasa kepada rakyat.

"Pada saya macam mana nak jadi kerajaan sedangkan empat parti dalam pakatan pembangkang itu tidak mampu selesai pembahagian kerusi dan pelbagai masalah dalaman parti.

Mereka dah berkecamuk, bergaduh, tak tentu hala tuju serta bergaduh pasal calon," katanya kepada pemberita pada Program Larian Estet 2018 di Homestay D'Belimbing, dekat Kuala Nerang semalam.

Beliau yang juga Menteri Pendidik dan Ahli Parlimen Padang Terap berkata, krisis dalaman yang berlaku ini diharap menjadi medan penilaian oleh rakyat sebelum membuat pilihan untuk mengundi parti mana pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

"Kini wujud perasaan iri hati dan tak suka antara satu sama lain - (Pengerusi Pakatan Harapan) Tun Dr Mahathir (Mohamad) cakap semua dah selesai tapi kalau tengok daripada kenyataan-kenyataan yang dibuat parti masing-masing ada yang tidak puas hati dan terbaru ialah di Selangor melibatkan PKR dan Amanah (Parti Amanah Negara), kata Mahdzir.


Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR mengakui Pakatan Harapan di Selangor masih belum mencapai kesepakatan berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengakuan itu sekali gus mengesahkan wujudnya kemelut dalaman antara DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berhubung isu tersebut yang sehingga kini gagal diselesaikan.

PAN dan PKR di Selangor kini sedang cabar mencabar siapa yang benar dan siapa yang betul
Mohamed Azmin menuduh PAN  berbohong dan tidak amanah, sementara PAN pula menyifatkan Timbalan Presiden PKRitu sebagai tidak layak menjadi pemimpin berikutan kegagalannya menangani isu membabitkan pengagihan kerusi di negeri itu.

Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim mendakwa Mohamed Azmin yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan mempunyai pemikiran silo, satu sikap negatif dalam seseorang pemimpin.  Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com