Rakyat Tak Rugi Jika Terus Kekalkan Kerajaan BN - Ahmad Bashah


TIDAK rugi rakyat di negara ini  untuk memilih pemimpin Barisan Nasional (BN) sebagai wakil rakyat kerana mereka mampu menjadi ‘jambatan’ penghubung rakyat dengan kerajaan Persekutuan.

Jika pilih pembangkang belum tentu dapat menjamin masa depan yang lebih baik yang rakyat nikmati selama ini.

Demikian pesan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kepada pengundi khususnya masyarakat Cina di negeri ini.

Beliau menasihatkan masyarakat Cina tidak terpengaruh dengan individu atau kumpulan pemimpin pembangkang yang muncul lima tahun sekali menabur janji pilihan raya serta memujuk rakyat menukar kerajaan.

 Ahmad Bashah yangjuga Pengerusi BN menegaskan pemilihan pemimpin yang tidak betul dan ‘semborono’ menyebabkan kawasan Parlimen dan u Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ketinggalan.

"Mereka, wakil pembangkang akan membiarkan kawasan yang dimenangi itu  tanpa pembelaan sewajarnya", ujar beliau pada Majlis Jamuan dan Penyampaian Sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina 2018, di Sri Mentalon di AlorSetar semalam.

Ahmad Bashah mengulangi ingatan agar pengundi tidak membuat kesilapan lalu dengan memilih pemimpin yang salah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini hingga merugikan diri mereka sendiri.

Pada majlis sama, Ahmad Bashah menyampaikan sumbangan ang pau dan limau mandarin kepada kira-kira 600 orang masyarakat Tionghua dari 36 DUN di negeri ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com