Rakyat Mulai Bosan Pertelagahan Dalam Pakatan Harapan - Ramesh Rao


Perkelahian antara parti dalam Pakatan Harapan (PH) secara terbuka boleh mengundang keadaan huru-hara dan ketidakstabilan negara walaupn selepas parti itu mendapat mandat dan membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, suasana politik negara boleh seburuk negara Timur Tengah yang bergolak hingga kini selepas campur tangan asing menyebabkan peperangan dan rusuhan.

Beliau bimbang Malaysia akan menjadi huru-hara seperti Iraq, Libya dan Mesir jika PH mengambil alih Putrajaya (berdasarkan) mereka tiada persefahaman sesama sendiri dan isu agihan kerusi pun tak mampu diselesaikan.

“Keadaan itu diburukkan lagi  apabila perjuangan mengutamakan anak-beranak dan mengamalkan pendekatan memihak kepada kroni,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ramesh berkata, rakyat semakin bosan dengan drama politik pemimpin pembangkang yang sibuk bertelagah sesama sendiri dalam soal kuasa dan pentadbiran tanpa membuat agenda demi kepentingan masa depan negara.

“Banyak bukti menunjukkan pemimpin PH akan tetap berkonflik walaupun sudah menang kerana mereka tidak pernah puas hati selagi tidak mendapat apa yang mereka hajatkan,” katanya.

Beliau mendakwa, pendekatan PH dikhuatiri cenderung melakukan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa seperti yang berlaku di negeri-negeri yang ditadbir mereka boleh mengundang kepada pemberontakan rakyat.

“Tiada sebab untuk mengundi PH kerana mereka sudah gagal sebelum PRU14 lagi dan sudah gagal di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya yang dipetik.

Katanya lagi, hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang konsisten serta komited membangunkan negara berasaskan keperluan rakyat dan bukannya demi kepuasan politik dan kepentingan diri sendiri.

“Tolak PH, yakini Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Gandingan Najib dan Zahid adalah terbaik dan sempurna yang boleh diukur daripada pentadbiran cekap serta pembangunan dicapai negara setakat ini,” katanya. Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com