Rahsia Remaja Perempuan Terbongkar Selepas Buat Pemeriksaan Di Hospital


ALOR SETAR - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun telah disahkan mengandung 22 minggu hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya sejak Ogos tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata kejadian itu terbongkar selepas mangsa membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Batu 6 Kuala Kedah, di sini, semalam.

Kata beliau, pihaknya menerima maklumat itu pada jam 4.50 petang selepas dihubungi doktor yang merawat mangsa memaklumkan remaja itu mengandung.

"Susulan itu mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaan lanjut. Soal siasat mendapati mangsa sudah melakukan hubungan terlarang itu dengan suspek berusia 20-an sejak Ogos tahun lalu di Langkawi," katanya memetik BH Online.

Mohd Rozi berkata, siasatan mendapati suspek berasal dari Langkawi dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," ujarnya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com