Pyongyang Batal Acara Kebudayaan Bersama Pada Sukan Olimpik


SEOUL – Korea Utara telah secara tiba-tiba membatalkan satu acara kebudayaan yang dijadualkan diadakan bersama dengan Korea Selatan.

Dijadual berlangsung pada 4 Februari di Gunung Kumgang di Korea Utara, ia telah menjadi sebahagian daripada siri acara menjelang penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk di PyeongChang.

Acara-acara semasa penganjuran Sukan Olimpuk Musim Sejuk itu dilihat sebagai usaha memperbaiki hubungan antara Seoul dan Pyongyang.

Dalam telegram yang dihantar, Korea Utara menyalahkan liputan media Korea Selatan yang bias dan menghina.

Korea Selatan pula menyifatkan keputusan jirannya itu amat dikesali dan berpendapat Pyongyang sepatutnya patuh dengan semua perjanjian yang telah dibuat.

Persembahan seni dan demonstrasi taekwondo adalah antara acara-acara yang dipersetujui dengan Korea Utara.

Kementerian Penyatuan Korea Selatan, yang dipetik oleh agensi berita Yonhap berkata, Korea Utara juga marah pada laporan media tentang kemungkinan ada perarakan tentera yang mungkin diadakan pada 8 Februari, sehari sebelum pembukaan Sukan Olimpil Musim Panas itu.

Terdapat kebimbangan hubungan antara kedua-dua Korea itu boleh melanggar sekatan antarabangsa yang dikenakan terhadap Korea Utara berikutan program nuklearnya.

Korea Selatan sebelum ini mengatakan ia tidak akan membayar yuran lapangan terbang untuk menerbangkan pemain ski ke Gunung Kumgang kerana ini akan melanggar sekatan.

Kedua-dua Korea mengadakan perbincangan peringkat tinggi yang jarang berlaku pada bulan lepas, yang membawa kepada perubahan dalam penganjuran sukan olimpik itu.

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk berarak di bawah bendera bersatu dan akan ada gabungan pasukan hoki ais wanita, walaupun dilaporkan pemain-pemain kedua negara mengalami masalah linguistik terhadap perbezaan dalam istilah hoki. 

Sumber – MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com