PRU-14 Sebelum 14 Julai - PM


PUTRAJAYA -Datuk Seri Najib Razak, hari ini memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan sebelum 14 Julai ini.

Perdana Menteri berkata demikian kepada 1,200 orang peserta Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Masjid Putra, di sini, hari ini, bahawa mereka akan melalui dua peristiwa 'raya'.

Beliau berkata, peserta akan berlepas ke Mekah pada 14 Julai iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri.

"14 Julai bererti bahawa llepas dua peristiwa, Hari Raya Aidilfitri dan satu lagi...hari raya yang satu lagi...kemudian, baru tuan-tuan naik haji.

"Kita buat lebih awal lagi, lebih awal supaya tuan-tuan semat dalam hati, kalau kerajaan kita masih kekal, tuan-tuan semua akan menunaikan haji, segala-segalanya tidak berubah selagi kerajaan tidak berubah, semuanya jalan," katanya ketika berucap pada program berkenaan di Masjid Putra, di sini, hari ini.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com