PPBM, PAN Saling Dakwa Kuat, Mahu Tanding Banyak Kerusi DUN


ALOR SETAR- Parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasakan Tun Dr. Mahathir Mohamad kini saling mendakwa antara satu sama lain bahawa mereka adalah parti yang kuat.

Kedua parti baharu yang ditubuhkan kira-kira dua tahun itu kini sedang berusaha untuk meletakkan ramai calon masing-masing di kawasan yang dimenangi oleh PAS dan Barisan Nasional pada PRU13.


Berbanding dengan PAN, parti pimpinan Dr. Mahathir kini sedang menghadapi masalah di segi kesahihan mesyuarat agung tahunan yang pertamanya selain tindakan ahli tinggalkan parti.

PAN pula didakwa tidak ramai penyokong oleh PAS, hanya segelintir ahli yang meninggalkan parti yang memperjuangkan Islam itu. 

Walaupun kedua parti itu tidak mahu mengaku sedang berebut kerusi, tetapi sebenarkan PPBM dan PAN mahu bertanding di kerusi yang difikirkan 'selamat' terutama di DUN atau Parlimen di mana BN atau PAS menang atau kalah dengan majoriti kecil.

Sementara PKR dan DAP pula tidak membenarkan kawasan yang mereka menangi diambil oleh PPBM dan PAN. Malah kedua parti yang dominan dalam parti pembangkang itu juga mahu menambah calon mereka di kawasan baharu. 

Oleh itu tidak hairanlah sampai sekarang pengagihan kerusi terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri seluruh negara masih belum mencapai kata sepakat dan berlaku pertindihan.

Di Kedah, PPBM dikatakan mahu bertanding lebih banyak kerusi DUN, begitu juga PAN yang mahu menawan negeri Kedah pada PRU14. 

Sehingga kini belum ada keputusan rasmi tentang pengagihan kerusi antara keempat parti dalam Pakatan Harapan itu.  

Di Kelantan, Ketua Bahagian PPBM Kota Bharu, Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman mendakwa parti itu lebih erpengaruh atau kuat daripada PAN.

Namun PAN pula juga mendakwa mereka lebih ramai ahli  berbanding PPBM. 

"Di Kota Bharu umpamanya, PAN rasa dia kuat, jadi dia kemukakan hujah kita sebenarnya yang terkuat. Tetapi saya sebagai ketua saya tak nak perpecahan. Saya kata kalau nak ambil lah kerusi ini, berbaik sesama kita,” kata Abd Rashid dalam satu sidang media kelmarin.

Beliau yang juga Naib Presiden PPBM bagaimanapun menegaskan semangat pasukan dalam Pakatan Harapan lebih diutamakan berbanding mendahului kepentingan parti.

Sebelum ini, Pakatan Harapan sebulat suara bersetuju menyerahkan lima kerusi parlimen kepada PAN termasuk Kota Bharu.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rashid turut memaklumkan isu pembahagian kerusi DUN di Kelantan belum dimuktamadkan dan proses rundingan masih berjalan.

Di Negeri Sembilan Pemuda PPBM tetap tidak mahu berganjak dengan tuntutan supaya rundingan semula diadakan berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang di negeri ini.

Di Selangor PPBM diingatkan oleh DAP dan Pakatan Harapan bahawa mereka boleh meminta seberapa banyak bilangan kerusi DUN untuk bertanding, namun kriteria calon yang dipilih adalah berdasarkan faktor ‘kemampuan untuk menang.’

Itu kata dua yang diberikan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor Dr Xavier Jayakumar selepas ditanyakan tentang hasrat PPBM yang mahu bertanding di 12 kerusi DUN milik Barisan Nasional (BN) di negeri itu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com