PM Dijangka Umum Kadar Baru tol, Levi Linkedua Dalam Waktu Terdekat


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman dalam waktu terdekat berhubung pengurangan kadar tol dan levi bagi kenderaan perdagangan serta persendirian yang melalui lebuh raya Linkedua (Linkedua) yang menghubungkan Johor dengan Singapura.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bertujuan untuk menarik lebih banyak kenderaan menggunakan Linkedua dan menyuraikan kesesakan trafik di Tambak Johor.

“Cadangan mengenai pengurangan kadar tol dan levi akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok. Perdana Menteri akan buat keputusan selepas meneliti cadangan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Kesesakan di Tambak Johor dan Linkedua di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Cadangan tersebut sebelum ini diutarakan oleh Najib pada sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-8 dengan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong di Istana Presiden, Singapura. 

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com