Penyerang Jemaah Masjid Di London Dipenjara Seumur Hidup


LONDON - Seorang lelaki di Britain yang merempuh sekumpulan jemaah berhampiran sebuah masjid di London dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 43 tahun.

Darren Osborne, 48, dari Welsh didapati bersalah membunuh Makram Ali, 51, dan cuba membunuh individu lain di kawasan Finsbury Park utara London ketika kejadian pada 19 Jun lalu.

Keputusan itu dibuat hakim Bobbie Cheema-Grubb di sebuah mahkamah di ibu negara Britain, kelmarin.


"Ia adalah serangan pengganas dan kamu berniat untuk membunuh. Kamu telah menjadi radikal dengan memupuk sifat penuh kebencian.

Kamu juga telah membenarkan minda kamu diracuni oleh individu yang mendakwa diri mereka sebagai pemimpin," katanya.

Difahamkan, Osborne telah menjadi radikal selama lebih sebulan selepas menonton sebuah program TV pada tahun lalu. 

Sumber - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com