Penuntut IKM Antara Ditahan Miliki Daun Ketum


IPOH – Seorang penuntut Institut Kemahiran Mara (IKM) antara dua lelaki ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Km 29 Lebuhraya Ipoh-Lumut, dekat Seri Iskandar hari ini kerana memiliki daun ketum.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata penuntut serta rakannya pekerja di sebuah stesen minyak masing-masing berumur 19 dan 22 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi itu ditahan polis apabila dilihat dalam keadaan mencurigakan ​​​​​kira-kira 2.30 pagi semalam.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut menjumpai guni yang mengandungi satu kilogram daun ketum di dalam but kenderaan itu.

Kedua-dua suspek yang juga positif dadah jenis methamphetamine itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun dan Sekyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata hasil siasatan turut mendapati penuntut terbabit cuba untuk menjual air ketum di dalam kawasan kampus. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com