Penerbangan Exco Pemuda Umno Dari Langkawi Ditunda Kerana Masalah Teknikal


KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan menjelaskan penerbangan membabitkan Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin semalam tergendala disebabkan masalah teknikal.

"Penerbangan dijadualkan semula (ditunda) akibat masalah teknikal dan pengumuman telah dibuat kepada penumpang," kata Malindo Air kepada Sinar Online.

Nazir dalam kenyataannya kepada Sinar Online sebelum ini mendakwa telah beratur selama satu jam sejak enam pagi untuk penerbangan OD2207 dari Langkawi menuju ke KLIA sebelum diberitahu penerbangannya tertunda.

Selain itu, Nazir mendakwa penerbangan tergendala membuatkan rakyat rasa ditindas jika kementerian Pengangkutan Malaysia tidak mengambil tindakan.

Perkara tersebut diluahkan melalui akaun Twitternya @nazirHussin79, hari ini.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com