Penduduk Ayer Hitam Kedah Tidak Keberatan "Lepaskan" Mukhriz Ke Selangor


PENDUDUK Jerlun, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam tidak akan merasa sedih untuk 'melepaskan' Datuk Seri Mukhriz Mahathir jika wakil rakyat mereka itu tidak lagi mahu bertanding di kawasan itu.

Mereka menganggap Mukhriz sekarang 'tiada lagi' kerana beliau jarang sekali balik ke Ayer Hitam untuk bertanya khabar penduduk walaupun masih menjadi wakil raykat.

Mukhriz kini lebih sibuk dengan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin oleh bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berhasrat untuk menawan Putrajaya..

Penduduk Jerlun masih ingat, Mukhriz dan Dr. Mahathir hanya sibuk berkempen semasa Mukhriz hendak bertanding di Parlimen Jerlun pada PRU2008 dan DUN Ayer Hitam pada PRU 2013.

Namun setelah menang dan tidak lagi bersama UMNO, penduduk yang menyokong Mukhriz pun 'ditinggalkan'.

Mereka datang sekarang pun hanya untuk menagih undi untuk Pakatan Harapan.

Baru-baru ini, Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan (Dr. Mahathir) membayangkan Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM akan bertanding di negeri Selangor pada PRU14.

Rentetan spekulasi itu,  bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha menjangka hasrat Dr. Mahathir itu juga mungkin untuk menjadikan Mukhriz  sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikkan Datuk Seri Azmin Mohamed Ali jika pembangkang masih kekal di Selangor.

Norman berkata,  Dr Mahathir melihat peluang itu selepas timbulnya situasi tegang ketika ini antara PKR dan Parti Amanah Negara (PAN), membabitkan pembahagian kerusi.

Katanya, langkah itu juga mungkin sebagai helah menolak calon Menteri Besar dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP jika pembangkang kekal memerintah.

"Jika tindakan ini diambil disebabkan rakyat Kedah sudah tidak dapat menerimanya (Mukhriz), beliau perlu ingat rakyat Selangor juga begitu (menolaknnya).

"Mana-mana kawasan pun, rakyat tidak mahu terima wakil rakyat yang jarang turun padang, tidak bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat," katanya yang dipetikan daripada BH semalam.

Bekas pemimpin PAS Selangor itu dimaklumkan rakyat Kedah terutama DUN Ayer Hitam sudah menolak bekas Mukhriz berikutan tiada lagi tanggungjawab terhadap rakyat di situ.

Malah ketika menjawat Menteri Besar Kedah, Mukhriz jarang berada di negeri itu pada cuti hujung minggu untuk bersama penduduk negeri idan ahli parti walaupun beliau merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Kini DUN Ayer Hitam dijaga oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz yang juga Timbalan Menteri Kewangan dan Pemangku Ketua Bahagian, Datuk Abu Hasan Sarif (ADUN Kota Seputeh)

Mukhriz hanya sempat menjadi Menteri Besar dua tahun lebih sejak Mei 2013 hingga Februari 2016 apabila beliau digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, bekas Exco kanan dan   ADUN Bakar Bata sejak lima penggal berturut-turut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com