Pembahagian Kerusi Parlimen, DUN Kedah, PPBM, PKR Dahului PAN?


ALOR SETAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan mandapat kerusi sama banyak, iaitu masing-masing enam Parlimen daripada 15 kawasan Parlimen di Kedah.

Tiga lagi kerusi mungkin diserahkan kepada Parti Amanah Negara (PAN).

Pembahagian kerusi itu tentu adil bagi PPBM dan PKR tetapi tidak bagi PAN. 

DAP pula hanya menuntut dua kerusi tambahan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 36 kerusi DUN Kedah.

PPBM ada hak untuk mendapat lebih banyak kerusi DUN berbanding parti -parti lain kerana parti pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz adalah juga pemimpin utama Pakatan Harapan di peringkat pusat dan negeri ini.

Lagi pun kedua pemimpin anak berana itu juga dijangka bertanding di negeri Kedah.

Difahamkan PPBM akan meletakkan 13 calon di kerusi DUN, mendahului PKR dan paling malang ialah PAN yang sekali lagi mendapat kerusi yang tercorot walaupun mempunyai penyokong yang ramai.

Hasrat PAN untuk mengambil alih kawasan yang ditandingi oleh PAS tidak kesampaian, sekaligus meranapkan impian parti pimpinan Mohamad Sabu itu untuk menerajui negeri jika jika pakatan menang PRU14.

Pemerhati politik bagaimanapun meramalkan PPBM tidak mungkin menang semua kerusi yang ditandinginnya walaupun PPBM dikemudikan oleh Dr. Mahathir.

Selain ia parti baharu, parti  belum mampu mempengaruh pengundi kerana tiada cawangan yang tersusun seperti UMNO.

Lagi pun kawasan yang mahu dirampas oleh PPBM itu akan masih menjadi kubu UMNO/BN. 

Kemungkinan penyokong  atau  ahli parti yang kecewa atau tidak puas hati kerana mendapat kerusi yang sedikit akan mensabotaj  PPBM. Perkara ini tidak boleh dinafikan berlaku pada PRU ini. - 
Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com