Pembahagian Kerusi DUN, PPBM Perlu Dengar "Nasihat" PKR


Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka sukar capai kemenangan di Selangor dan oleh itu parti perlu mendengar 'nasihat' daripada PKR berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Mungkin itulah gambaran yang berlaku di negeri yang dikuasai PKR dan DAP itu terhadap PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN)di mana kerusi yang dimenangi BN dan PAS menjadi "rebutan" antara parti dalam Pakatan Harapan.

Namun demikian PPBM dan PAN berhak mendapati agihan kerusi yang adil selaku komponen dalam Pakatan Harapan.

Bagaimanapun difahamkan PPBM tidak akan dapat meletakkan calon di semua 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimiliki Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berkata ketika ini, PH lebih memberi tumpuan kepada faktor kemenangan berbanding pengagihan kerusi mengikut parti.

Menurut beliau parti komponen PH boleh membuat permohonan meletakkan calon masing-masing di kerusi pilihan mereka, namun PH akan mengambil kira faktor kemenangan dalam menetapkan pengagihan kerusi itu.

"Menerusi perbincangan itu, PH akan mengekalkan kerusi yang dimenangi oleh parti komponen sebelum ini (status quo) dan hanya 25 kerusi akan kita bincang parti mana yang akan meletakkan calon.

"Semua 25 kerusi itu membabitkan kerusi yang kini disandang PAS dan BN," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantahan Syor Kedua Kajian Persempadanan Semula Selangor di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Selangor semalam.

Bagaimanapun, Dr Xavier mengakui berlaku pertindihan kerusi ketika mesyuarat pengagihan kerusi yang berlangsung minggu lalu tetapi semua itu dapat diselesaikan hasil perbincangan bersama.

"Apa guna kita letakkan calon masing-masing tetapi tidak boleh menang. Kita berpegang kuat kepada apa yang dikatakan Pengerusi PH, (Tun Dr Mahathir Mohamad) iaitu letak calon yang boleh menang.
"Kita jangkakan pengagihan kerusi ini akan dapat diselesaikan hujung bulan ini," katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PPBM negeri, Sallehuddin Amiruddin berkata, PPBM akan mempertahankan permohonan 12 kerusi milik BN untuk diletakkan calon mereka walaupun PKR turut berhasrat meletakan calon di semua kerusi terbabit.

Ketika ini, PKR menyandang 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP (13), PAS (13), BN (12) dan Parti Amanah Negara (2).

Dua DUN lagi adalah Bebas iaitu DUN Pelabuhan Klang dan Telok Datuk.

Sementara itu Pakatan Harapan te;ahr mengadakan semula rundingan berkenaan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor walaupun ia sudah dipersetujui dalam mesyuarat khas minggu lalu.

Mesyuarat khas PH Selangor pada Rabu dan Khamis lalu sudah menyelesaikan pengagihan 36 daripada 56 kerusi DUN di negeri ini untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor,
Sallehuddin Amiruddin, berkata rundingan semula pengagihan kerusi DUN itu diadakan selepas mendapat bantahan PPBM dan Parti Amanah Negara. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com