Parlimen Alor Setar Tidak Selamat Lagi Bagi PKR?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka meletakkan calonnya untuk mempertahankan Parlimen PKR Alor Setar pada Pilihan Raya Umum ke-14.

PKR Pusat tidak membenarkan sama sekali kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi parti itu pada PRU13 diserahkan  kepada rakan  sekutunya dalam Pakatan Harapan sama ada DAP, PAN atau PPBM.

Bagaimanapun kedudukan PKR untuk kekal bertanding di Parlimen Alor Setar belum terjamin lagi. Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad masih boleh menjadi kuasa penentu.  

Kemenangan Ahli ParlimenAlor Setar, Gooi Hsiao-Leung daripada PKR  dengan majoriti 1,873 undi pada PRU13 bukan kerana kekuatan PKR tetapi parti itu turut mendapat sokongan PAS yang bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Faktor lain  kemenangan pembangkang disebabkan undi Melayu  pecah dengan kehadiran calon parti Berjasa yang mendapat 3,530 undi.    

Parlimen Alor Setar mempunyai lebih 60 peratus pengundi  Melayu sebelum ini dimenangi calon BN daripada MCA Datuk Seri Chor Chee Heung (mantan Menteri Pengangutan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) yang mengantikan Datuk Ooi Gin Sun, bekas timbalan Menteri Kewangan.

Walaupun PKR menyandang kerusi Alor Setar, parti sekutu dalam Pakatan Harapan terutama PPBM dan DAP juga dikatakan tertarik untuk meletakkan calon. Jadi PKR tidak boleh mendabik dada Parlimen Alor Setar parti itu yang punya. 

Penduduk Alor Setar kini telah menilai prestasi  ahli parlimen itu. Apakah khidmat Gooi kepada rakyat lebih baik dari ahli Parlimen BN (Chor Chee Heung). 

Seperti juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Gooi juga sering 'hilang' di hujung minggu kerana kediaman mereka berada di Pulau Pinang.

Bila dekat PRU14 beliau lebih kerap 'turun padang' untuk jumpa rakyat dan beri bantuan.

Kini timbul persoalan adakah Gooi akan menjadi calon PKR semula bagi  parlimen itu.

Pengundi Kedah tidak boleh menerima wakil rakyat yang sering pindah-randah seperti pemimpin DAP dan PKR. Mereka mahu penduduk tempatan, bukannya calon 'payung terjun' yang tidak memahami aspirasi rakyat setempat.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dihukum oleh rakyat Pendang pada PRU13 kerana gemar berpindah-randah setiap kali pilihan raya umum.
  
Walaupun Parlimen Alor Setar dikuasai pembangkang, hakikatnya yang mengambil berat masalah penduduk ialah pemimpin UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.  

"Gooi adalah ahli parlimen ' jarak jauh' dan sekarang kerap masuk kampung Melayu.  Beliau seperti cihpsmoore, sekejap ada..  sekejap tiada..." kata Syed Hafiz Syed Mustafa, Penyelaras Pusat Khimdamt  DUN Kota Darulaman. 

Namun bagi penduduk Alor Setar mereka kini merasa lebih mudah dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar. 

Beliau adalah ahli Dewan Undangan Negeri  Bakar Bata, iaitu  DUN tunggal yang dimenangi BN di dalam Parlimen Alor Setar.

Selaku peneraju pentadbiran dan politik negeri  Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO bahagian lebih dekat di hati rakyat di bandar ini berbanding Gooi.  

Kedudukan Gooi juga dikatakan tidak selamat jika beliau dicalonkan semula pada PRU14. Itu pun jika PKR dibenarkan bertanding lagi di Parlimen Alor Setar.

Beliau bakal hilang sokongan rakyat terutama kalangan pengundi orang Melayu yang menyokong PAS. Dalam masa yang keyakinan pengundi Cina terhadap BN pula dilaporkan meningkat. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com