Pantai Di Pulau Pinang Terhakis Teruk Gara-Gara Air Pasang Besar


BUTTERWORTH - Fenomena air pasang besar yang berlaku di negeri ini sejak Ahad lalu mengakibatkan berlaku hakisan teruk manakala beberapa tebing di persisiran pantai di sini, turut runtuh.

Antara kawasan terjejas teruk sepanjang persisiran Pantai Bagan Ajam berhampiran Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLLB).

Tinjauan Harian Metro mendapati hakisan sepanjang hampir 200 meter di Pantai Bagan Ajam menyebabkan tebing runtuh berikutan air pasang besar setinggi kira-kira 5.2 meter.

Difahamkan, ketika kejadian air pasang besar Ahad lalu, air dan pasir memenuhi sebahagian LLLB berhampiran Plaza Tol Bagan Ajam.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan dilihat menambak pasir bagi mengelak air laut masuk ke LLLB jika air pasang besar berulang.

Antara kawasan lain turut terjejas dan mengalami banjir ialah Kampung Manis, Prai dan Taman Mangga, Juru.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) David Marshel berkata, fenomena air pasang besar yang berlaku kali ini amat luar biasa kerana air naik sehingga 5.2 meter.

Beliau berkata, MPSP akan melakukan pemerhatian 24 jam bagi memastikan penduduk yang mengalami masalah banjir akibat air pasang besar ditempatkan di pusat pemindahan berdekatan.

“Tindakan segera diambil MPSP dengan membersihkan sampah-sarap di sungai yang terjejas akibat kejadian berkenaan,” katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com