Palestin Timbang Semula Pengiktirafan Israel


RAMALLAH - Kepimpinan tertinggi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) membuka jalan untuk menggantung pengiktirafannya terhadap Israel baru-baru ini, namun tidak mengarahkan langkah itu dilaksanakan serta merta.

Tindakan menarik balik pengiktirafan PLO pada 1988 itu berpotensi memburukkan lagi hubungan Israel dan kepimpinan sederhana Palestin serta menimbulkan keraguan terhadap penyelarasan keselamatan di antara kedua-dua pihak.

Ia juga akan menamatkan penyelesaian dua negara yang kini umpama di hujung tanduk selepas Rumah Putih mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember lalu.

Jawatankuasa Eksekutif PLO mengeluarkan kenyataan susulan itu selepas mesyuarat selama tiga jam semalam memaklumkan ia akan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji tindakan menarik balik pengiktirafan itu.

Badan tertinggi pertubuhan itu mengadakan mesyuarat kali pertama, sejak satu lagi sayap PLO, Majlis Tengah Palestin menggesa langkah itu diambil pada bulan lalu.

Jawatankuasa itu semalam menggesa Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmud Abbas memulakan rancangan dan projek untuk langkah memutuskan hubungan dengan kerajaan penjajah Israel serta merta di peringkat politik, pentadbiran, ekonomi dan keselamatan. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com