Pakatan Harapan Belum Didaftar Sebab 'Kejahilan' PPBM Sendiri - Zahid Hamidi


Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad amat risau jika Pakatan Harapan masih tidak boleh didaftarkan. 

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk membawa ROS ke mahkamah jika masalah pendaftaran Pakatan Harapan di mana beliau menjadi pengerusinya, gagal diselesaikan.

Namun kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, Pakatan Harapan juga mempunyai pelan kontigensi jika ROS menolak pendaftaran gabungan pakatan tersebut.

Bagi menutup kelemahan pentadbiran PPBM yang dikatakan penyebab Pakatan Harapan belum boleh didaftarkan, Dr Mahathir kini menuduh pula ada usaha pihak tertentu cuba untuk menggagalkan pendaftaran pakatan parti pembangkang itu.

Beliau hairan mengenai surat aduan yang dihantar lebih 400 ahli PPBMu kepada ROS yang mempertikaikan Mesyuarat Agung PPBM (AGM) kononnya tidak sah.

“Kita hairan mengapa terdapat sehingga lebih 400 ahli Bersatu membuat laporan yang sama dengan perkataan yang sama kepada ROS.

“Jadi nampak macam ada satu usaha, entah daripada pihak mana saya tidak tahu yang memberi alasan kepada ROS supaya tidak meluluskan permohonan untuk Harapan didaftarkan,” dakwa Dr. Mahathir  pada sidang media,semalam.

“Ini sudah tentu satu cara untuk BN menang dengan mengganggu pendaftaran Harapan,” kata Mahathir yang akan menyalahkan pihak lain walaupun kelewatan itu berpunca daripada PPBM sendiri," kata Dr. Mahathir.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  menjelaskan, sebagai seorang tokoh yang pernah mengetuai sebuah kerajaan, Dr. Mahathir  harus tahu di zamannya juga peraturan sama digunakan iaitu Akta Pertubuhan 1966.

(Untuk rekod Dr. Mahathir juga pernah menjawat Menteri Dalam Negeri semasa menjadi Perdana Menteri dan ROS terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri). 

"Mengikut akta berkenaan, ROS bertanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan ahli mana-mana pertubuhan serta badan politik di negara ini.

"Justeru, ROS tidak harus dipersalahkan dan jika pemimpin mana-mana organisasi tidak mengikut perlembagaan mereka sendiri tentukan, jadi amatlah jahil jika menuding jari kepada pihak lain sedangkan kejahilan itu dilakukan mereka sendiri," katanya.

AGM kali pertama PPBM yang diadakan pada 30 Disember lalu mendapat bantahan ramai pemimpin parti berkenaan selepas ia didakwa melanggar peraturan dan perlembagaannya.

Susulan itu, ROS sudah memanggil Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Ketua Pemudanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi direkodkan keterangan.

Ahmad Zahid berkata, ROS tidak jahil dan tidak lembap sebagaimana tuduhan dilemparkan pemimpin berkenaan.

ROS sedang meneliti 249 aduan dikemukakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia di seluruh negara terutama berkaitan dakwaan pelanggaran perlembagaan parti itu.

Dr. Ahmad  Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri  menjelaskana setakat ini, ROS mendapati 47 daripada keseluruhan aduan berkenaan mempunyai percanggahan dengan perlembagaan dan peraturan parti itu.

"ROS mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat semua 249 aduan diterima itu dan ia dilakukan secara profesional serta tidak memihak kepada mana-mana parti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Kesesakan Di Tambak Johor dan Linkedua di Putrajaya semalam. - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com