Netizen Tegur Neelofa Promosi Suplemen Bayi, Kanak-Kanak


ADALAH menjadi kebiasaan apabila seseorang artis diminta mempromosikan sesuatu produk.

Namun, selebriti popular, Neelofa teruk dikritik netizen ketika mempromosikan produk makanan tambahan di Instagram Stories, baru-baru ini.

Ini kerana, hasil daripada penerangannya, produk tersebut juga boleh diberikan kepada bayi dan kanak-kanak.

Susulan itu, keadaan tersebut sekali gus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Bahkan, ramai netizen turut meminta pandangan pegawai perubatan berhubung perkara ini.

Bagaimanapun, hasil tinjauan, mendapati Instgram Stories tersebut telah pun dipadam.

Justeru, Neelofa diminta agar berhati-hati dalam mempromosikan sesuatu produk.

Sumber - Sinar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com