Netizen Kecaman Model Berbikini Dalam Pesawat Pemain Bolasepak Vietnam


Sebuah syarikat penerbangan antarabangsa Vietnam terpaksa memohon maaf selepas meminta model berpakaian seksi untuk menyambut pemain bola sepak bawah 23 negara itu yang baru pulang daripada perlawanan akhir Piala Asia.

Video yang beredar di media sosial itu mencetuskan kritikan, dengan ramai yang menganggapnya sebagai ‘teknik murahan’.

Vietjet, syarikat penerbangan  kos rendah yang sebelum ini terkenal dengan iklan pramugari berpakaian bikini memaklumkan akan menyiasat lebih lanjut kes itu dan kakitangan yang dikaitkan dengan video berkenaan telah diberikan teguran.

Kepulangan pasukan bola sepak bawah 23 itu, disambut dengan meriah oleh warga Vietnam, semalam walaupun pasukan itu kalah kepada Uzbekistan dengan jaringan  1-2. Perlawanan itu diadakan di China.

Penduduk Vietnam turun ke jalanan Hanoi untuk menyambut para pemain yang dianggap seperti wira negara dan mereka bertemu dengan Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc.

Namun apabila video tentang model yang memakai bikini berada di dalam pesawat yang membawa  wira negara itu, ia telah mencetuskan kemarahan ramai.


Model-model yang memakai bikini warna merah tersebut kelihatan berjalan di sepanjang lorong pesawat dengan  lenggok seperti aksi di pertunjukan fesyen.

Tetapi pengguna media sosial langsung tidak kagum dengan tindakan itu.

“Langkah Vietjet itu amat kasar, murahan, dan menghina pasukan, penyokong,dan juga penumpang,” tulis pengguna Facebook, Nguyen My Linh.

“Memuakkan. Saya akan boikot Vietjet kerana hal ini,” kata Le Ngyuen, seorang pegawai kerajaan kepada pejabat berita AFP.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com