Mukhriz Tidak Peduli Masalah Rakyat Ketika Jadi MB Kedah


ALOR SETAR - Sepanjang hampir dua tahun lebih menjadi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat tidak begitu memperdulikan masalah yang dihadapi penduduk termasuk  dalam kawasan Dewan Negeri Alor Mengkudu di sini.

Beliau tidak pernah melawat kawasan itu walaupun ketika berlaku bencana ribut dan banjir apatah lagi lawatan biasa.

Tiada bantuan yang diusahakan kepada penduduk kawasan itu, sebaliknya tugas-tugas menjaga kebajikan rakyat diambil alih oleh UMNO dan parti komponen BN bahagian Alor Setar walaupun kawasan itu dimenangi oleh parti pembangkang.

Namun selepas 'hilang jawatan' Menteri Besar dan kini berada di dalam parti pembangkang, Mukhriz  baharu mula hendak 'tunjuk muka' dengan mengajak rakyat menyokong parti  pimpinannya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Perkara ini diakui oleh Penyelaras Kawasan DUN Alor Mengkudu, Abdul Malik Saad,  ketua-ketua cawangan UMNO dan persatuan penduduk di kawasan berkenaan

Bagaimanapun keadaan itu berbeza  selepas Menteri  Besar Datuk Seri Amad Bashah mengambil alih teraju pentadbiran negeri pada 4 Februari 2016.

Tidak ada DUN daripada 36 DUN di negeri ini yang tidak dilawati Ahmad Bashah dalam masa dua tahun pentadbirannya. Itu yang membezakan antara Ahmad Bashah dan Mukhriz.

Ahmad Bashah yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dan ADUN Bakar Bata berkata, beliau juga hairan kenapa Mukhriz mengabaikan penduduk kawasan Alor Mengkudu.

" Saya tahu dia tidak pernah melawat Alor Mengkudu ketika menjadi Menteri Besar dulu, " kata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan untuk perayaan Tahun Baru Cina  kepada 850 keluarga Cina di Dewan Orang Ramai Taman Saga, di Alor Mengkudu dekat Alor Setar petang semalam.

Bagaimanapun setelah berada dalam pakatan pembangkang, Mukhriz sibuk pula pergi ke kampung-kampung  untuk berjanji kepada rakyat menjelang Pililhan Raya Umum akan datang.

" Sepatutnya dia perlu menyatakan rasa malu kerana tidak memperdulikan masalah rakyat Kedah semasa menjadi MB dulu, " kata Ahmad Bashah.

 Mukhriz baru-baru ini menyatakan beliau malu untuk mengaku rakyat Malaysia apabila berada di luar negara. Beliau juga sepatunya malu kerana gagal mengurus masalah rakyat di negeri Kedah.

Pemimpin seperti ini  tidak wajar diangkat sebagai pemimpin rakyat.- Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com