Muka Menakutkan Mahu Bibir Macam Marilyn Monroe


AKIBAT ketagih pada suntikan, seorang pelayan, Cyril Roux, 32, kini menjadi seorang yang berwajah `pelik’.

Ini kerana, mulut pelayan yang berasal dari Toulon, Perancis itu, kelihatan amat `mengerikan’. Semuanya kerana dia mahu menjadi seperti idolanya, Marilyn Monroe.

Dia membelanjakan lebih RM27,000 untuk menyuntik botox dan implan untuk membesarkan bibirnya. Pertama kali dia menyuntik botox ketika berusia 26 tahun dan beberapa tahun selepas itu, pelayan ini telah melakukan lebih 16 suntikan membesarkan bibir.

Cyril mahu menyimpan duit untuk pembedahan di bahagian hidung, pipi dan dagu pula

“Saya tertarik kepada pembedahan plastik kerana saya mahu kelihatan muda dan mahu kelihatan seperti inspirasi saya, Marilyn Monroe,’’ katanya.

Menurut Cyril walaupun wajahnya itu diketawakan ramai tapi dia tak peduli sebaliknya berbangga dengannya.

Cyril mengaku dia ketagih dengan pembedahan plastik dan tidak akan berhenti melakukannya sehingga mendapat wajah yang diingininya. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com