Muhyiddin Lupa Diri, UMNO Yang Mengangkatnya



Timbalan Presiden Pakatan Harapan (Harapan), Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai pemimpin yang sombong dan angkuh kerana berjanji  tidak akan kembali kepada UMNO walaupun apa pun yang terjadi .

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu perlu sedar, Tuhan Maha Berkuasa dan boleh mengubah sikap manusia dalam sekelip mata jika dikehendakiNya. 

Beliau harus sedar UMNO yang dikatakan oleh Mukhyiddin sekarang 'sudah rosak' dan 'besi buruk' itu juga parti yang mengangkat beliau hingga menjadi Timbalan Perdana Menteri.

UMNO yang diburukkannya itulah juga yang telah memberikan kesesahteraan hidup kepada beliau selama 50 tahun beliau menyertaai parti keramaat orang Melayu itu.

Muhyiddin yang pernah mengaku dirinya sebagai 'totok UMNO' perlu sedar, walaupun beliau tinggalkan UMNO, majoriti ahli UMNO bahagiannya di Pagoh dan negeri Johor masih teguh bersama UMNO walaupun mereka tidak berjawatan.

Bekas Timbalan Presiden UMNO itu juga perlu ingat, Pengerusi PPBM dan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga keluar masuk UMNO tiga kali dalam sejarah politik beliau. 

" Jadi Mukhyiddin jangan terlalu sombong dan riak dengan kedudukan beliau dalam PPBM dan PH, kerana plihan ymym raya ke 14 belum tentu dapat dimenangi oleh Pakatan Harapan, " kata seorang pemipin verteran UMNO Kedah. 

Muhyiddin  yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa berucap di Puchong Selangor kelmarin menyifatkan UMNO ibarat 'besi buruk' yang tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu.

Beliau kecewa kerana mendakwa kepimpinan parti itu telah ditutup mata dan telinga sehingga tidak tahu menilai yang betul dan tidak

Mukhyiddin juga perlu sedar PPBM yang dipipimpinnya hanya bergantung kepada kekuatan parti PKR dan DAP semata untuk menghadapi PRU akan datang.

PPBM juga sedang menghadapi pelbagai masalah akibat terlalu banyak aduan ahlinya terhadap pengurusan parti itu selain bergelut dalam perebutan kerusi dengan parti komponen PH yang lain.

Dalam masa yang sama lebih banyak bahagian PPBM meyuarakan tidak puas hati terhadap pentadbiran parti itu.

Sebelum ini ramai pemimpin dan pengasas PPBM telah meninggalkan parti pimpinan Dr. Mahathir itu kerana tidak lagi percaya kepimpinan parti berkenaan.

Antaranya Naib Presiden Datuk Hamidah Osman dan Ketua Srikandi PPBM, Anina Saaduddin.

Anina berkata, soal masa depan orang Me­layu tidak lagi menjadi agenda utama kepada pemimpin parti itu sebaliknya hanya menjadikan perhimpunan agung pertama parti berkenaan sebagai pentas menghamburkan kemarahannya kepada Perdana  Menteri.  - Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com