Medan Selera Taman Wira MergongTerbakar


ALOR SETAR - Sebuah gerai makan di Medan Selera Mergong dekat Taman Wira Mergong, di sini, hampir musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran pada petang semalam

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian terbabit sekitar jam 1.33 tengah hari.

Seramai kira-kira 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 1.39 tengah hari bagi membantu memadamkan kebakaran.

“Anggota bomba mengawal kebakaran itu kira-kira jam 1.41 tengah hari menggunakan pancutan air dari pam jentera bomba dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS),” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati kebakaran melibatkan sebuah gerai makan berkeluasan 10 x 10 dan engalami kemusnahan sebanyak 20 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Operasi turut dibantu PBS Seberang Nyonya, PBS Taman Mutiara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com