Mayat Wanita Ditemui Berlumuran Darah Dalam Sebuah Bilik Hotel


KAJANG - Mayat seorang wanita tanpa identiti dijumpai dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di sebuah bilik Hotel di Jalan Kasturi 3, Balakong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pekerja hotel berkenaan kira-kira 2.10 petang.

“Pekerja hotel berkenaan melaporkan kepada polis selepas wanita berusia kira-kira 30-an terbabit tidak mendaftar keluar daripada bilik berkenaan sejak pukul 12 tengah hari semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala berdasarkan tiga kesan tetakan yang terdapat pada belakang kepala mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. 

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com